HALAMAN SANTAI

Ahad, 4 Oktober 2015

Mana perpaduan Asean dalam isu jerebu?

SINAR HARIAN


Jerebu
Jerebu di Singapura (Gambar hiasan). - Foto EPA


SINGAPURA - Mencari penyelesaian kekal untuk mengatasi masalah jerebu daripada berulang seharusnya menjadi keutamaan serantau, menurut pakar ekonomi di sini.
  
Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Ekonomi AMP Capital memberitahu Bernama, lebih lama jerebu melanda, kesan ekonomi diukur akan menjadi lebih ketara.

Forum Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan Asia Tenggara (SEANF) yang berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur juga mencadangkan anggota Asean memberi pertimbangan sewajarnya terhadap masalah jerebu yang tidak berkesudahan di rantau ini.

Pemimpin Asean sentiasa menekankan perpaduan kukuh dan solidarity sesama negara anggota.
Tetapi masalahnya di sini, di manakah perpaduan Asean dalam mengatasi masalah jerebu?

Singapura, menawarkan pelbagai tawaran untuk membantu jiran ASEAN, Indonesia menangani jerebu, tetapi tawaran itu telah beberapa kali ditolak.

Terbaru, pada Khamis lepas apabila Indonesia menjelaskan pada mesyuarat antara pegawai kedua-dua negara, yang ia mempunyai sumber yang mencukupi untuk mengatasi isu jerebu.

Oleh itu, katanya tiada keperluan untuk menerima bantuan yang ditawarkan Singapura pada masa ini.  
Menteri Dalam Negeri dan Menteri Undang-Undang, K. Shanmugam yang sebelum ini Menteri Luar dilaporkan telah menegaskan keseriusan kerajaan Singapura menangani masalah itu.

"Kami bersedia membantu Indonesia memadamkan kebakaran. Tahun lepas kami memperkenalkan undang-undang untuk membolehkan kami mendakwa syarikat yang didapati menyebabkan atau menyumbang kepada jerebu.

"Dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sedemikian kepada syarikat yang ingkar," katanya.

Jadi sekarang? Di manakah perpaduan Asean dalam perkara ini? Ia adalah tugas pembaca untuk menganalisisnya, tetapi mudah-mudahan negara jiran akan bekerjasama dalam semangat Asean untuk mencari penyelesaian kekal mengatasi masalah jerebu ini.
  
Bercakap tentang kerjasama, ia adalah berbeza dalam kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac 2014 dan pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada 28 Dis 2014, apabila negara anggota Asean dilihat bekerjasama.- Bernama

Tiada ulasan: