Nasrudin Hassan
CERITA ‘kau asal mana?’ telah tersebar luas di laman sosial hingga menjadi bahan jenaka segala lapisan masyarakat termasuk pimpinan Pas.
Ahli Parlimen Temerloh yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan melalui perkongsian di Facebook hari ini menyebut tentang identitinya sebagai ahli Pas di luar negara.
“Kalau saya musafir ke luar negara, orang mesti tanya saya, awak ni sokong parti mana? Saya pun jawab, saya ni orang kuat Pas. Dia pun kata kepada saya, tak nampak macam orang Pas pun?
“Saya pun jawab balik, tak kan lah saya nak pasang bendera Pas atas kepala saya baru nampak macam orang Pas...Apa daaa. Haaa marah. Tak kan kata gitu pun marah! Marahlah nak marah pun,” tulisnya.
Kisah ‘kau asal mana’ menjadi viral apabila soalan wajib terhadap seorang pelajar yang baru memulakan pengajian di mana-mana institusi dibangkitkan.
Salah satu contoh daripada rakaman audio seorang lelaki yang dipercayai dari Pulau Pinang adalah, “Nanti kalau aku belajar di luar mesti orang tanya aku mai dari mana. Aku jawablah dari ‘Penang’. Selepas itu depa cakap, tak macam ‘Penang’ pun. Habis itu, tak kan nak letak pasembur atas kepala baru nak nampak macam orang ‘Penang’?”
Beberapa entri lain yang turut dikongsi pengguna melalui media sosial dengan pelbagai dialek seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan