HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Oktober 2015

Mubarak solat hajat mohon isu 1MDB selesai

Anne Muhammad





Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) sedang menjalankan solat hajat di setiap negeri dan memohon kepada Allah supaya masalah yang melanda negara seperti skandal 1MDB selesai, kata presidennya Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

Katanya, majlis solat hajat itu sudah bermula di negeri Kedah dan akan diteruskan di negeri-negeri lain.
“Kita dari Mubarak mengadakan solat hajat di pertingkat negeri untuk memohon Allah memudahkan menyelesaikan masalah kita. Sebagai orang Islam, keputusannya pada Allah,” katanya.

Beliau juga meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menyelesaikan isu berkaitan 1MDB secepat mungkin bagi mengurangkan persepsi negatif terhadap kepimpinan negara.

“Najib kena lakukan (siasatan) kerana ini orang menunggu, jadi penyelesaian ini perlu dibuat bagi mengurangkan persepsi negatif kepada negara kepimpinan negara.

“Kami berpendirian Najib perlu menyelesaikan secepat mungkin, kalau beliau kata enam bulan, kalau dapat awal lagi bagus,” katanya pada sidang media sebelum perbahasan usul di Perhimpunan Agung Tahunan Mubarak ke-12 di Hotel Seri Pasifik hari ini.

Sementara itu perwakilan Mubarak Pahang Datuk Zainal Hassan dalam sesi penagguhan mencadangkan supaya seluruh bekas wakil rakyat mengadakan perjumpaan dengan Najib bagi mendengar penjelasan mengenai 1MDB dan isu derma bernilai RM2.6 bilion.

“Pahang cadang supaya dicadangkan perjumpaan ahli Mubarak dan pucuk pimpinan (Najib)…

“Dan diberi penjelasan sepenuh-penuhnya kerana kita agen di kampung. (Orang kampung akan tanya sebab) kita pergi kedai minum kopi, kita pergi lawat orang mati. Didedahkan perkara ini dengan sebenar-benarnya, (sebab kita) kita kelabu,” katanya.

Tiada ulasan: