Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Bajet 2016 menyaksikan peningkatan drastik peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berbanding dekad lalu berikutan angkanya mencecah tujuh peratus, buat pertama kali.
Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, berkata angka itu jauh berbeza dengan peruntukan sedekad lalu berikutan JPM hanya mewakili 2.67 peratus daripada jumlah perbelanjaan bajet manakala 3.81 (2007) dan 3.4 peratus (2008).
Pada 2009, katanya, ia terus meningkat kepada 6.71 peratus, 6.37 peratus (2010) dan 6.74 peratus (2011), 5.38 peratus (2012), 5.24 peratus (2
013), 6.23 peratus (2014) dan 6.96 peratus (2015).
Beliau juga menyifatkan bajet itu sebagai ‘abnormal’ dan songsang berikutan pemotongan besar-besaran dibuat terhadap sektor pendidikan, kebajikan dan perbelanjaan sosial.
“JPM bukan sahaja tidak mengurangkan perbelanjaan, bahkan lebih banyak wang diperuntuk, dari RM19 bilion pada 2015 kepada RM20.3 bilion untuk 2016. Jumlah itu mengambil sebahagian besar kewangan negara,” katanya pada kenyataan media hari ini.
Beliau mengesyaki peningkatan peruntukan JPM itu untuk memberi lebih sumber kepada Najib untuk menyatukan kekuatannya dalam UMNO, selain melawan kemaraan pembangkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan