HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Oktober 2015

Tangguh rawatan Anwar bukti kerajaan kejam – AMK

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR - Penangguhan rawatan kesihatan Saudara Anwar Ibrahim hanya membuktikan Umno Barisan Nasional bertindak kejam terhadap bekas Ketua Pembangkang itu, kata Angkatan Muda KEADILAN (AMK).

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan berkenaan hanya akan meletakkan kesihatan Anwar dalam keadaan yang lebih buruk walaupun banyak permohonan dibuat oleh peguam-peguam Anwar sebelum ini.

Nik Nazmi“Sebarang penangguhan hanya membuktikan sekali lagi bahawa BN sememangnya ingin berlaku kejam kepada seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang Malaysia,” kata Nik Nazmi dalam kenyataannya.

Dalam pada itu, katanya, ketua panel perubatan yang dilantik kerajaan, Dr S Jeyaindaran pula mempunyai sejarah layanan buruk kepada Anwar sejak tahun 2003.

KEADILAN sebelum ini membangkitkan kebimbangan kerana Jeyaindran pernah menjadi saksi pendakwaan dalam kes Fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu.

“Kami menggesa pihak kerajaan untuk segera membenarkan Anwar mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan menggantikan Dr S Jeyaindran dengan pakar yang lain untuk mengetuai panel rujukan perubatan,” tegasnya.

Anwar ketika ini menjalani hukuman 5 tahun penjara susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari yang mensabitkan beliau bersalah atas tuduhan Fitnah 2.

Bagaimanapun, selepas hampir 8 bulan dipenjarakan, kesihatan Anwar bertambah buruk dan kini mengalami penurunan berat badan sebanyak 6 kilogram.

Selain itu, beliau juga dilapor menghadapi masalah tekanan darah yang tidak menentu, ketumbuhan kecil di buah pinggangnya serta terdapat kesan darah dalam sampel najisnya.

Tiada ulasan: