HALAMAN SANTAI

Sabtu, 10 Oktober 2015

TPP adalah igauan yang jadi kenyataan

Mohd Rizal Jaapar
Mohd Rizal ketika ditemui Sinar Online pada sidang media Majlis NGO-NGO membantah TPP.


KUALA LUMPUR - Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang dipersetujui Malaysia 5 Oktober lalu adalah igauan selama ini yang menjadi kenyataan pada akhirnya, kata Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Ketua Eksekutif Operasi MTEM, Mohd Rizal Jaapar berkata, pihaknya tidak akan terkejut sekiranya kerajaan terpaksa menggadaikan sesuatu untuk melindungi kepentingan badan bukan kerajaan (GLC) di negara ini.

"Kita memang risau (selama ini) yang kerajaan akhirnya akan bersetuju dengan TPP. Selama dua tahun kita berkempen menolak TPP dan sekarang ia mimpi ngeri yang menjadi kenyataan.

"Kalau kita ambil kira kenyataan menteri berkenaan hal ini, memang kita boleh jangka akan ada sesuatu yang terpaksa digadaikan, tetapi kita tidak tahu apa. Mungkin kepentingan Melayu yang akan tergadai," katanya ketika ditemui Sinar Online selepas berakhirnya sidang media Majlis NGO-NGO membantah TPP di sini, semalam.

Beliau dalam pada itu turut mempersoal kelebihan keanggotaan awal TPP yang dibuat oleh kerajaan.

"Dulu kita diberitahu bahawa negara yang bersetuju awal terhadap TPP akan dapat kelebihan. Kita (Malaysia) sudah bersetuju awal, jadi apa kelebihan kerajaan dalam rundingan itu?

"Pihak kami tidak nampak bahawa tindakan Malaysia mempersetujui rundingan itu memberikan apa-apa kelebihan kepada negara," katanya lagi.


Tiada ulasan: