HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Mac 2016

Ambiga: KM harus pertimbangkan pilihan, termasuk bercuti

MALAYSIAKINI




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu mempertimbangkan pilihannya, termasuk pergi bercuti, kata bekas Presiden Bar Malaysia Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

"Beliau harus pertimbangkan pilihannya. Perkara yang baik adalah bahawa beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dengan segera dan saya menyokongnya kerana ini adalah sesuatu yang boleh disiasat dengan segera," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau ditanya sama ada Lim perlu mengambil cuti daripada jawatannya sementara menunggu siasatan SPRM ke atas pembelian sebuah banglo.

Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berkata terdapat banyak pilihan, antaranya adalah untuk mengambil cuti.

Katanya Lim harus mempertimbangkanya tetapi berharap bahawa siasatan akan dipercepatkan supaya penjelasan dapat dibuat.




Lim kini di bawah penelitian selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo pada harga RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran.

Ketua menteri menafikan sebarang salah laku.

Tiada ulasan: