HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Mac 2016

Kawal media atas talian untuk jana ekonomi, kata menteri

Zulaikha Zulkifli  


LIHAT VIDEO DI SINI


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, tujuan kerajaan untuk meminda undang-undang internet adalah untuk membina satu landasan bagi membenarkan masyarakat menjana ekonomi melalui internet.

"Pindaan (undang-undang) ini bukan sekadar soal menyekat pendaftaran, lebih dari itu. Kita nak bina platfom untuk menjana ekonomi melalui internet. Kita nak kehidupan digital (digital lifestyle).

"Banyak orang salah faham seolah-olah pindaan itu hanya sekadar bercerita soal penyekatan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung laporan yang mengatakan kerajaan ingin meminda dan mengetatkan undang-undang terhadap portal berita dan blog.

Selain itu, ditanya sama ada kementeriannya akan mempertimbangkan untuk menggunakan undang-undang sama seperti Kementerian Dalam Negeri terhadap media cetak, beliau berkata:

"Kita gunakan internet untuk meningkatkan ekonomi dan rangkaian sosial. Itu adalah lebih penting.
"Oleh itu, kita tidak boleh berfikiran terlalu sempit. Politik adalah politik," katanya.

Selain itu, Salleh juga memberitahu, cadangan untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu juga telah diserahkan kepada pejabat peguam negara untuk diteliti.

Katanya, selepas itu perkara itu akan dibawa ke Parlimen dan akan dibentangkan pada sidang akan datang.

"Sekarang kita dah kemukakan pada pejabat peguam negara untuk teliti pindaan tersebut.

"Sekarang ini bila kita cerita pasal pindaan seolah-olah pasal sekatan, denda dan sebagainya.

"Kita sebenarnya tengok keseluruhan. Kalau peguam negara setuju, kita akan bentang pada sesi akan datang," katanya lagi.


Tiada ulasan: