HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Mac 2016

Annuar nasihatkan pemfitnahnya buat kajian dahulu

 
Annuar menyifatkan perbuatan pihak terbabit sebagai terdesak kerana menjadikan beliau sebagai sasaran.


annuar musa


PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa menasihatkan pihak tertentu yang cuba memfitnah kononnya beliau memiliki sebuah rumah mewah agar membuat kajian terlebih dahulu.

Katanya, rumah yang diviralkan dilaman sosial itu tidak ada kena mengena dengannya bahkan dikatakan ia adalah milik bekas Perdana Menteri atau ahli keluarga bekas ketua kerajaan berkenaan.

Tanpa menyatakan nama bekas Perdana Menteri itu, Annuar yang merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia menyifatkan perbuatan pihak terbabit sebagai terdesak sehingga menjadikan beliau sebagai sasaran.

“Nak tergelak pun ada, kesian pun ada. Kalau iya pun nak bela Lim Guan Eng buat la homework sikit.
Apa pun selepas 39 tahun aktif politik dan perniagaan dan tujuh kali jadi calon, saya belum ditakdirkan memiliki rumah seperti dalam gambar ini,” tulisnya di Facebook.

Annuar menulis demikian bagi menjawab satu status di akaun Facebook bernama Johari Ismail yang memaparkan status rumah mewah yang kononnya milik Annuar.

Status Johari itu ditulis: “Jika nak dibandingkan “istana” Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa yang tersergam indah ini dengan rumah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ibarat membandingkan rumah atap genting dengan teratak beratap rembia.

Status yang dimuat naik pada 22 Mac itu kemudian menjadi viral dan mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Ada antara komen itu mendakwa, Annuar tidak memiliki rumah mewah sebagaimana yang diviralkan.

Dalam pada itu, Annuar mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memviralkan ‘rumah mewah’ itu kerana beliau suka dan tertarik dengan rekabentuknya.

“Cantik. Kalau ada rezeki boleh beli yang RM2.8 juta di bandar Georgetown okey juga. Tak ada swimming pool pun okey,” sindirnya.

Menerusi ruangan komen, Annuar mendakwa, selepas membuat semakan siapa pemilik rumah cantik dan besar yang dikatakan miliknya itu, sumber mengatakan ia adalah sebuah lagi kediaman baharu Tun M (merujuk Dr Mahathir Mohamad).

“Sumber kata, rumah ini di Cyberjaya, boleh sesiapa sahkan?” soalnya.

Annuar menjadi sasaran pembangkang kerana lantang mengkritik Dr Mahathir dan terbaharu mengenai pembelian banglo oleh Guan Eng.

Tiada ulasan: