HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Mac 2016

NGO lebih selesa dengan PH berbanding PAS - Penganalisis

 Oleh Muhammad Asyraf Azlan

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dilihat lebih selesa bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang dibarisi PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) jika dibandingkan dengan PAS kata penganalisis politik, Edwin Mechael.
 
"Kebanyakkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia lebih selesa bekerjasama dengan PKR dan DAP tapi bukan PAS.
 
"Dalam masa yang sama kita tidak nafikan NGO yang berunsurkan Islam seperti ABIM dan ISMA (akan berminat kerjasama dengan PAS) namun kita masih tidak tahu apa pendirian mereka," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Ujar Edwin, PAS dikenali banyak pihak sebagai parti yang konservatif dan hanya memperjuangkan ideologi Islamnya berbanding hak kaum-kaum lain.
 
"Ia tidak berjaya kerana ideologi PAS itu iaitu kamu perjuangkan Islam untuk diwujudkan perlembagaan hudud dan itu adalah satu ideologi yang sudah tetap dan itu sebabnya kebanyakkan NGO sukar untuk berkerjasama dengan PAS kerana dilihat terlalu berunsur keislaman sedangkan kita dalam masyarakat majmuk akan melibatkan pelbagai etnik dan sebagainya dilihat tidak sesuai.
 
"Kemudian masalah dengan PAS ini adalah mereka dilihat tidak banyak memperjuangkan hak-hak melibatkan golongan minoriti di Malaysia terutama Cina, India dan mereka tidak ada satu platform yang kukuh jika dilihat di Sabah dan Sarawak kerana mereka di sana kosong," katanya lagi.
 
Mengulas kerjasama antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Edwin berkata jika parti itu tidak belajar daripada kesilapan lalu, tidak mustahil hubungan politik akan menemui kegagalan.
 
"Sebab itu kebanyakkan kerjasama PAS dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sebelum ini atau dengan parti politik serpihan sebelum ini menemui kegagalan dan tidak berjaya. 
 
"Atas dasar itu bahawa kerjasama dengan IKATAN ini tidak akan kemana yang mana ia tidak akan mencabar polititk negara dan tidak akan memberikan cabaran kepada Barisan Nasional (BN) atau Umno dan juga Pakatan Harapan," ujarnya.
 
Pada 16 Mac lalu PAS mengumumkan pembentukan blok baru pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
 
Gabungan itu akan menjadi blok politik ketiga selepas Umno-Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang tempoh berbaki dua tahun lagi.
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertegas blok baru pembangkang ini membawa agenda politik yang berbeza dengan Pakatan Harapan.
 
Hadi juga berkata PAS terbuka dengan mana-mana pihak lain, termasuk parti politik yang berminat dengan blok baru pembangkang ini

Tiada ulasan: