HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Mac 2016

Rakyat menderita kerana pemimpin sibuk berpolitik – IKHLAS

 
Pemimpin politik tidak kira kerajaan atau pembangkang perlu memberi tumpuan isu rakyat dan bekerjasama memulihkan ekonomi.


Mohd-Ridzuan-Abdullah_rakyat_600


PETALING JAYA: Rakyat negara ini semakin tertindas kerana pemimpin politik sama ada pihak kerajaan atau pembangkang yang terlalu sibuk berpolitik.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan Sederhana (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, nasib rakyat sejak kebelakangan ini terbiar di mana suara rakyat langsung tidak diendahkan.

“Pemimpin politik kena ingat rakyat pilih mereka jangan la disebabkan masalah politik yang berlaku rakyat terjejas.

“Hari ini rakyat terpinga-pinga, rakyat dibiarkan,mereka tersepit hari ini kita tengok banyak isu politik isu dalaman masih tak selesai baik pihak pemerintah mahupun pembangkang menyebabkan rakyat menderita,” katanya kepada FMT.

Kata Ridzuan, pemimpin politik sepatutnya melupakan seketika krisis politik dalaman dan memberi fokus sepenuhnya kepada masalah rakyat yang menderita disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Ekonomi negara bergantung kepada situasi politik negara, rakyat sekarang tertekan dengan masalah ekonomi ketika ini, sepatutnya ahli politik tampil membantu bukannya membiarkan rakyat dalam kesusahan,” katanya.

Katanya, sekiranya masalah dalaman parti berterusan, bala besar akan melanda negara tahun ini, termasuklah kejatuhan ekonomi serta hilangnya kepercayaan rakyat terhadap mana-mana parti politik.

Tiada ulasan: