Mahkamah Khas PoCA yang memutuskan peguam tidak perlu dibekalkan kenyataan bertulis yang dibuat polis dipersoal.
PETALING JAYA: Lima daripada enam individu yang menurut Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) telah ditahan reman lebih 70 hari, telah direman selama 21 hari lagi bermula 29 Februari lalu di bawah Akta Pencegahan Jenayah (PoCA).
Manakala seorang lagi tahanan dibebaskan tengah malam Ahad lalu selepas polis gagal mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, kata peguam tahanan, Sashi Devan.
“Selepas gagal mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, polis memfailkan permohonanan di Mahkamah Khas PoCA di Shah Alam.
“Di sana, permohonan diluluskan dan di bawah PoCA, mereka diperintah reman selama 21 hari,” katanya lagi kepada FMT.
Keenam-enam mereka ditahan di Tapah pada 11 Disember lalu, atas tuduhan rompakan bersenjata.
Dalam pada itu, beliau mempersoalkan pihak Mahkamah Khas PoCA yang memutuskan peguam tidak perlu dibekalkan kenyataan bertulis yang dibuat polis.
“Selain itu pihak pendakwa juga berhujah mahkamah secara mandatori perlu meluluskan permohonan reman jikan polis memberikan kenyataan bertulis yang ditandatangan.
“Kalau begitu, bagaimana peguam nak berhujah (jika tidak mendapat kenyataan tersebut)? Dalam kalau mandatori, buat apa peguam hadir ke mahkamah?” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan