HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Mac 2016

Selangor belum terima surat PDRM tentang iklan Anwar, tidak berurusan dengan Twitter

BERNAMA


Papan tanda Bebas Rakyat Bebas Anwar dipasang di seluruh Selangor.Papan tanda Bebas Rakyat Bebas Anwar dipasang di seluruh Selangor.


Kerajaan negeri Selangor belum menerima sebarang surat rasmi daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar yang meminta supaya papan iklan #BebasAnwar di negeri ini diturunkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya akan menunggu surat rasmi berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.
"Saya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu...sekiranya kenyataan itu keluar menerusi Twitternya, macam mana kita nak berurusan dengan Twitter," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan negeri di sini, hari ini.
Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Khalid menerusi Twitternya semalam yang meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor supaya menurunkan papan iklan #BebasAnwar kerana memaparkan unsur-unsur hasutan.

Khalid berkata papan iklan itu turut mengelirukan rakyat kerana merujuk Anwar sebagai 'Tahanan Politik'.
Papan iklan #BebasAnwar itu dikesan di 20 lokasi di Selangor termasuk di Subang dan Rawang.

Tiada ulasan: