HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Mac 2016

SPRM 'jemput' Guan Eng ke pejabat jika mahu siasatan segera

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh datang ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bila-bila masa sekiranya mahu membantu siasatan berhubung pemilikan banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown.
 
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, ‘jemputan’ itu dibuat selepas Guan Eng menyatakan kesediaannya untuk memberi kerjasama selain mahu siasatan mengenai perkara tersebut disegerakan.
 
“SPRM memberi jaminan bahawa dalam menjalankan siasatan, kita menjalankan tugas dengan bebas dan telus sebagaimana kes-kes lain yang disiasat sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.
 
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Azam memaklumkan, setakat ini lapan aduan telah diterima SPRM dan beberapa saksi telah dipanggil bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan menyeluruh.
 
Khamis lalu, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa membeli rumah di Jalan Pinhorn dengan harga yang lebih rendah berbanding nilai harga pasaran semasa.
 
Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, yang meminta pihak berkuasa dan SPRM menyiasat mengenai tanah berkenaan yang sepatutnya dijual secara tender untuk tujuan komersial membabitkan pembinaan hospital swasta dan suite hotel.
 
 

Tiada ulasan: