HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Februari 2017

Ceroboh pusat judi: Jamal ditahan polis

 Jamal ditahan di kediamannya di Ampang, hari ini. - Foto ihsan grup Jamal
Jamal ditahan di kediamannya di Ampang, hari ini. - Foto ihsan grup Jamal
 
AMPANG - Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan polis di kediamannya di sini, petang tadi.

Memetik laporan media tempatan, Jamal kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut berhubung tindakan beliau dan kumpulan 'baju merah' yang didakwa menceroboh masuk pusat judi di Ampang baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rumah saya dikepung, ada dua buah kereta polis: Jamal]

Pagi tadi Sinar Online melaporkan kediaman Jamal dikepung oleh pihak polis.



Jamal ketika dihubungi berkata, lapan pegawai polis sedang menunggunya di luar pintu pagar.

"Rumah saya dikepung, saya sudah beritahu saya akan datang ke balai dalam pukul tiga tetapi mereka ini tidak sabar-sabar hendak tangkap saya.



"Ada dua buah kereta polis kini, nanti saya maklum semula," katanya.



Cubaan Sinar Online menghubungi Jamal petang ini bagaimanapun gagal. Talian telefon bimbit beliau telah dimatikan

Tiada ulasan: