TUMPAT: Lapan hari dilaporkan hilang, seorang daripada lima mangsa
mendakwa “masuk ke alam lain” dan “ditutup hijab” ketika menjawab
misteri kehilangan ganjil itu.
Ilham Kamaruddin, 35, mendakwa beliau bersama empat lagi ahli
keluarganya menaiki kereta sehingga ke Terengganu, Pahang dan Kuala
Lumpur dalam tempoh itu, lapor Harian Metro.
Mereka hanya ditemui ketika membeli roti canai di kedai makan di
kampung Neting, Pengkalan Kubor dekat sini kira-kira jam 12 tengah malam
kelmarin.
“Sejurus itu, saya segera memaklumkan kepada pihak polis dan
sepasukan anggota ke sana membawa kelima-limanya ke balai polis untuk
diambil keterangan.
“Saya bersyukur mereka ditemui selamat dan sihat kerana sudah puas
mencari mereka selama lapan hari. Malah keliru dengan cara kehilangan
mereka,” kata abang mangsa Mafauzi Kamaruddin, 38.
Kelima-lima hilang pada 25 Januari lalu selepas menaiki kereta
Perodua Alza dari rumah di Pengkalan Kubor untuk makan di kedai
berhampiran kira-kira jam 4.30 petang.
Mafauzi berkata adiknya mula berubah, menjadi “pendiam dan seperti
dipukau”, selepas mendapat rawatan tonsil dengan seorang bomoh di
Terengganu.
“Saya juga tidak sangka kejadian yang menimpa Ilham itu turut
berjangkit kepada mereka yang menaiki kereta bersamanya sebelum hilang,”
katanya.
Sementara itu, polis Tumpat menolak sebarang perbuatan jenayah dalam
kejadian pelik itu. Kelima-lima mereka sudah memberi keterangan kepada
polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan