HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Februari 2017

Polis tahan Jamal Yunos

ANTARAPOS.COM

Post Pic


KUALA LUMPUR: Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos ditahan oleh polis hari ini atas tuduhan menceroboh dan curi di pusat hiburan.

Tangkapan itu dibuat di rumah di Ampang di sini, tiga jam selepas polis berpakaian biasa mengepung rumahnya.

Pada jam 3 petang, Ketua Umno Sungai Besar itu keluar rumahnya dengan menaiki motosikal lalu melambaikan tangan ke arah semua orang, termasuk jiran-jirannya.

“Semuanya selamat,” katanya kepada jiran-jirannya yang dipetik oleh The Star Online.

Beliau kemudian dibawa dengan kereta polis ke Balai Polis Ampang.

Seorang pegawai polis di tempat kejadian tidak dapat mengesahkan sebab tangkapan itu tetapi menambah satu laporan penuh akan dikeluarkan.

Sebelum itu, Jamal merancang untuk mengadakan sidang akhbar pada jam 3 petang di luar Balai Polis Ampang.

Kenyataan akhbar itu berkata, 12 daripada penyokongnya sudah ditahan berikutan aduan awam dibuatnya berkaitan dengan pusat judi haram di Ampang Jaya.

Disember lalu, Jamal dan penyokong Baju Merahnya menjalankan “serbuan” ke atas pusat judi disyaki haram.

Tiada ulasan: