TELUK BENGAL: Sekretariat Misi Food Flotilla for Myanmar optimis sukarelawan akan dibenarkan turun ke Bangladesh Isnin ini.
Ketua misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kumpulan
peninjau kini sedang berusaha mendapatkan kebenaran sementara kapal
Nautical Aliya belayar dari Yangon menuju ke Chittagong.
“Kita sudah bermesyuarat dan sudah meminta bantuan kerajaan Bangladesh
melalui Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh untuk beri kelonggaran
untuk kita turun beri bantuan,” katanya.
Katanya lagi, kebenaran kapal Nautical Aliya untuk berlabuh di
Pelabuhan Chittagong telah diterima tetapi tiada lagi kebenaran
dikeluarkan untuk sukarelawan turun ke lapangan.
Pihaknya berharap kelulusan diperoleh selewat-lewatnya esok (Ahad).
"Saya berharap kerajaan Bangladesh dapat memberi kelulusan untuk 184
sukarelawan turun menyalurkan bantuan. Kami ingin bantu saudara sesama
Islam yang ditindas.
"Saya telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk turut membantu (usaha mendapatkan kelulusan)," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan