ANTARAPOS
KANGAR: Seramai 2,392 mangsa banjir masih berada di 12 pusat pemindahan
di Perlis setakat tengah hari tadi, kata Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Keluarga, Wanita, Kebajikan dan Perpaduan Negeri, Rela
Ahmad.
Menurut beliau pusat pemindahan yang dibuka melibatkan empat buah dalam
kawasan Parlimen Kangar, enam di Padang Besar dan dua di Arau.
“Hujan masih berterusan di kebanyakan kawasan hingga menyebabkan kebanyakan sungai melimpahi dari tebing dan berlaku banjir.
Terdapat dua batang sungai yang berada pada paras bahaya iaitu Sungai Jarum sedalam 33.93 meter dan Sungai Repoh (5.22 meter).
“Sementara tiga lagi sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai
Kampung Bakau (3.26 meter), Sungai Pelarit (38.68 meter) dan Sungai
Chuchoh (37.86 meter),” katanya yang dipetik sebuah agensi portal
berita.
Rela berkata Empangan Timah Tasoh berada dalam keadaan normal dengan paras air 29.92 meter.
Antara kawasan yang terlibat dengan banjir ialah Tebing Tinggi, Wang
Besar dan Sungai Batu Pahat di Bintong, Kampung Bakau dan Repuh di
sekitar bandar Kangar, Titi Tinggi, Jalan Kaki Bukit, Jalan Santan,
Arau, Tambun Tulang, Chuping dan Guar Sanji dengan setengah tempat air
melintasi jalan raya dan merbahaya untuk kenderaan ringan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan