shahbudindotcom
UMNO
Selangor, seperti yang disebut oleh Noh Omar semalam, akan
menggabungkan tenaga tiga bekas Menteri Besar dalam usaha merampas
kembali negeri itu pada pilihanraya umum akan datang ini.
Tiga
bekas Menteri Besar itu iaitu Muhammad Mohd Taib, Abu Hassan Omar dan
Khir Toyo akan berganding bahu bersama Noh sendiri selaku Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Selangor bagi tujuan tersebut.
Nampaknya
tidak cukup dengan Mat Taib yang diraikan kemasukan semulanya ke dalam
UMNO baru-baru ini, Abu Hassan Omar dan Khir Toyo yang mungkin sedang
selesa dengan dunia persaraan mereka juga cuba dikejutkan untuk kembali
aktif menolong UMNO.
Kenapa UMNO Selangor masih menggunakan tenaga orang pencen untuk menawan semula Selangor?
Bukankah
Najib Razak sebelum ini pernah menempelak Tun Mahathir Mohamad sebagai
pemimpin pencen yang patut bersara dan tidak seharusnya campurtangan
lagi dalam urusan negara?
Tidakkah
lebih memalukan, berbanding Tun Mahathir yang melakukannya kerana
kesedaran sendiri berikutan terlalu banyak kepincangan serta kerosakan
dalam negara, tetapi sebaliknya UMNO Selangor yang membangkitkan
ketiga-tiga pemimpin pencen itu untuk kembali aktif?
Adakah
dengan ini bermakna pemimpin UMNO Selangor sedia ada, termasuk Jamal
Md Yunus yang selalu tampil dengan gimik entah apa-apa, diakui sudah
layu dan tidak berdaya lagi untuk merampas Selangor daripada genggaman
Pakatan Harapan?
Kesiannya....
Selain
itu, mampukah kemunculan tiga bekas Menteri Besar tersebut menyerlahkan
sinar harapan untuk UMNO dan BN menawan kembali Selangor?
Apa lagi aura dan pengaruh yang mereka ada?
Tidakkah
UMNO dan BN lupa bahawa ketiga-tiga pemimpin tersebut ada skandal
tersendiri ketika berkuasa dahulu yang mungkin membuatkan rakyat makin
menolak penglibatan mereka?
Tidak
perlu disebut semula apakah skandal-skandal mereka itu, tetapi sesiapa
yang berhajat dan ingin mengetahuinya bolehlah menggunakan bantuan
google bagi tujuan itu.
Hakikatnya,
tidak seperti Tun Mahathir yang bukan saja masih beraura dan
berpengaruh di kalangan rakyat, ketiga-tiga bekas Menteri Besar itu ada
rekod buruk tersendiri yang menyebabkan sama ada mereka meletakkan
jawatan atau kecundang ditolak rakyat ketika mengetuai UMNO dan BN
negeri dahulu.
Pengundi Selangor tidak mungkin lupa mengenainya.
Lebih
dari itu, Khir Toyo dalam luahan hatinya sebaik melangkah ke penjara
ada menyebut tentang pemimpin UMNO Selangor yang sanggup menyewa
helikopter untuk mengambil gambar rumahnya bagi memperlihatkan
kediamannya itu sebesar istana.
Siapakah pemimpin berkenaan?
Kenapa baru sekarang Khir Toyo bersama dua lagi bekas Menteri Besar itu mahu digunakan?
Silalah
meninggal....kata seorang pemimpin UMNO bahagian di Selangor ketika
ditanya sama ada tiga bekas bekas Menteri Besar itu bersama Noh Omar
mampu menawan kembali Selangor atau tidak dalam pilihanraya umum akan
datang ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan