HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Jun 2018

Azmin kenang budi penjawat awam Selangor

KEADILAN DAILY

7857b96a-a303-4059-a227-3eb40db42afc


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenang budi penjawat awam Selangor yang banyak membantu beliau mentadbir negeri dalam tempoh empat tahun yang lalu.

Menyifatkan mereka sebagai tulang belakang Selangor, Azmin berkata nasib rakyat di Selangor terbela kerana penjawat-penjawat awam tersebut.

“Cukup sebak hati saya dalam Majlis Rapat Ramadan bersama penjawat awam Selangor hari ini. 

“Saya kira ini majlis terakhir bersama penjawat awam negeri sebagai Menteri Besar Selangor.Mereka inilah tulang belakang kejayaan Selangor. 

“Tanpa mereka, tidak mungkin usaha membela rakyat Selangor berjaya. Terima kasih banyak kepada penjawat awam Selangor,” kata Azmin menerusi laman Facebook beliau.

“Kenangan bekerja bersama selama empat tahun di Selangor sentiasa tersemat di hati ini. 

“Tuhan sahaja yang mampu membalas budi baik anda semua,” kata timbalan presiden KEADILAN itu.

Beliau sebelum itu menghadiri Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar Selangor di Shah Alam.

Pada majlis itu Azmin turut mengumumkan bantuan khas sempena Aidilfitri sebanyak sebulan gaji kepada 17,109 penjawat awam negeri.

Tiada ulasan: