HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Jun 2018

Dr Lee akhirnya terima lantikan timbalan menteri


 Dr Lee Boon Chye


KEADILAN DAILY

 

Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye hari ini mengumumkan yang beliau menukar fikiran dan bersedia menerima tawaran untuk berkhidmat sebagai timbalan menteri kesihatan selepas berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Lee sebelum ini dilaporkan menolak jawatan itu kerana hanya mahu berkhidmat sebagai ahli Parlimen dan pakar bedah jantung.

Dalam kenyataan hari ini, Dr Lee berkata beliau masih menerima panggilan semalam memaklumkan kepadanya untuk mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pada 2 Julai.

“Setelah berbincang dengan ahli keluarga saya serta pimpinan parti, khususnya presiden KEADILAN merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, saya dengan rendah diri menerima lantikan tersebut.

“Saya bersedia untuk menumpukan sepenuh masa untuk menyokong jemaah menteri, dan menteri kesihatan dalam usaha meningkatkan sistem penjagaan kesihatan negara,” katanya.

Beliau juga menyampaikan penghargaannya kepada Dr Mahathir, Dr Wan Azizah dan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad atas kepercayaan dan sokongan mereka.

Tiada ulasan: