KEADILAN DAILY
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemewahan barangan rampasan dari kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak adalah bukti jelas kerosakan sistem negara peninggalan kerajaan BN.
“Saya anggap kemewahan dan keborosan ini sangat mengaibkan dan cukup memualkan dan menunjukkan betapa rosaknya sistem dalam negara kita yang ada semua institusi tetapi perkara ini berlaku berleluasa,” kata Anwar dalam program AI terbitan Astro Awani.
Beliau mengulas pengumuman polis hari ini mengenai barangan yang dirampas semasa serbuan ke atas rumah-rumah yang berkaitan dengan Najib sebelum ini.
Polis menganggarkan nilai rampasan yang terdiri daripada beg tangan mewah, jam tangan, tiara, rantai, dan cincin berjumlah hampir RM1 bilion pada nilai pasaran.
Menurut Anwar lagi, kes ini sekaligus mewajarkan pengisytiharan harta oleh ahli-ahli politik.
“Pengajarannya ialah pastikan menteri-menteri, pemimpin-pemimpin dipantau seterusnya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan