HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Jun 2018

Senarai rampasan diberi kepada pengurus bangunan Pavilion’

MALAYSIAKINI



Sumber yang rapat dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa bahawa polis telah menyerahkan senarai barangan yang dirampas daripada tiga unit kediaman di Pavilion Residences di Kuala Lumpur kepada pengurus bangunan kondominium itu.

"Keluarga (Najib) dimaklumkan bahawa senarai itu menghuraikan secara umum tentang barang-barang (yang dirampas) tanpa gambarnya," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Najib bahawa senarai lengkap barangan yang dirampas itu tidak diberikan.




"Beliau diberi senarai lengkap semua barangan yang dirampas dari rumahnya di Jalan Duta yang dirinya juga hadir," kata Amar kepada Malaysiakini.

Beliau berkata untuk premis lain yang mempunyai penghuni, polis membekalkan mereka atau pekerja mereka dengan senarai penuh.

“Senarai dah bagi pada tuan rumah. Semua tempat yang kita geledah ada bagi senarai penuh.

“(Ia) diberi pada orang yang ada di rumah itu. (Senarai) telah diberi semua pada mereka. Apa lagi dia nak?

“Diberi pada semua yang ada penghuni. Kalau ada pekerja kita bagi pada pekerja,” katanya kepada Malaysiakini.

Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini semalam, Najib berkata senarai yang diterimanya adalah tidak lengkap dengan penerangan yang tidak jelas dan tanpa gambar.






Tiada ulasan: