Suspek utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mengaitkan individu dikenali sebagai ‘Malaysian Official No 1’ (MO1) sudah pasti memeritkan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan akan membuat pendakwaan kepada pihak yang dikaitkan dengan skandal tersebut.
Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata, MO1 dan mana-mana pihak yang terkait dalam skandal 1MDB atau dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Saaribu melalui penantian yang menyeksakan berbanding mengetahui hukuman yang bakal ditentukan hakim di dalam perbicaraan di mahkamah.
Beliau merujuk kepada tulisan seorang peguam senior Geoffrey Robertson di dalam buku bertajuk ‘The Justice Game’ yang berkonsi pengalaman mewakli anakguamnya yang sedang menunggu hukuman mati.
“Bila Tun di Indonesia, timbul isu orang di sana bertanya Tun bilakah MO1 akan didakwa ?
“Saya dapat rasakan betapa ramai orang yang tak sabar nak lihat perkara itu.. orang kata ‘history in the making’ (sejarah sedang berlaku).
“Dalam buku ‘The Justice Game’ beliau berpendapat (penulis) mana-mana penjenayah yang disabitkan bersalah dan dikenakan hukuman mati hakikatnya mereka jauh lebih tertekan dan sengsara menanti saat perlaksanaan hukuman mati dijalankan dari tertekan menerima berita hukuman itu buat kali pertama semasa ianya diumumkan oleh hakim.
“Saya dok rasa begitulah yang mungkin kini dirasai oleh MO1 dan mungkin isteri beliau dan mungkin juga pihak-pihak tertentu yang ada kaitan dengan isu 1MDB atau kes pembunuhan Altantuya.
“Apabila Tun kata pihak yang ingin mendakwa MO1 sedang membuat persiapan yang rapi dengan menyediakan bukti yang benar kukuh bagi mendakwa MO1, bagi saya, bila MO1 mendengar itu semua, ia mungkin jauh lebih menyiksakan dan memeritkan beliau dari pendakwaan dan perbicaraan kedua dua kes itu nanti. Mungkin lah..” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Mohamed Hanipa menambah, fenomena sebegini diungkap dengan frasa “a sword of Damocles hangs over one’s ( MO1’s ) head” atau dalam bahasa Melayu disebut : “penantian itu satu penyiksaan”.
Beliau dipercayai memberikan pandangan terhadap kenyataan dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, yang dipetik berkata, bekas Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak akan didakwa dimahkamah sedikit masa lagi.
Pihak berkuasa Malaysia kini sedang menyiasat dan mengumpulkan bukti yang kukuh berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta kes berkaitan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 itu.
“Tak lama lagi saya fikir dia (Najib) akan di hadapkan ke mahkamah,” katanya semasa mengadakan perjumpaan bersama warga Malaysia yang menetap di Jakarta sempena lawatan rasminya ke Indonesia semalam.
Sebagai rekod pada Jun 2017 lalu saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) setebal 251 halaman yang difailkan, menyebut bahawa isteri “Malaysian Official 1” (MO1) yang tidak dinamakan, diberi hadiah kira-kira AS$30 juta barang kemas oleh individu yang berkaitan dengan 1MDB, Jho Low.
Bekas Menteri di Jabatan Perdan Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam kenyataannya seperti dilaporkan, menamakan Rosmah dalam hubungan dengan tuntutan DoJ itu.
Beliau pada tahun lepas juga mengenal pasti MO1 sebagai bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, tetapi menegaskan bahawa Najib tidak dinamakan sebagai defendan dalam kes itu.
Najib telah menafikan semua dakwaan salah laku yang berkaitan dengan 1MDB, manakala Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali telah membersihkan Najib dan mengecam DoJ kerana membayangkan PM Malaysia, seolah-olah ada kaitan dengan salah laku jenayah.
Usahawan Jho Low, yang dinamakan oleh DoJ, adalah sahabat keluarga Najib manakala seorang lagi defendan, Riza Aziz adalah anak lelaki Rosmah.
Sebagai responnya, Low berkata dakwaan DoJ itu tidak berasas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan