HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Jun 2018

Najib dakwa jadi mangsa balas dendam, nilai rampasan diperbesarkan

Muhamad Izwan Mohd Zubit
xMGF16052018_POLIS-SERBU-RUMAH-NAJIB10-681x454
Kenderaan polis memasuki perkarangan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil barangan yang akan membantu siasatan berkaitan isu 1MDB di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM
 

KUALA LUMPUR – Anggaran nilai barangan diperbesarkan pihak polis kerana mahu membalas dendam, dakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyifatkan tindakan mendedahkan jumlah nilai rampasan itu sebagai serangan politik terhadap beliau dan keluarganya.

“Beberapa barangan yang disita adalah milik saudara mara serta pihak ketiga, mereka kini telah memulakan proses undang-undang untuk menuntut barangan mereka daripada pihak polis.

“Sama seperti dakwaan hutang inflasi melampau, jumlah dan nilai barangan yang dirampas diperbesar dan dengan sidang akhbar yang diadakan, ia kelihatan dilakukan dengan tujuan untuk membalas dendam dan serangan politik ke atas keluarga saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Najib berkata, kebanyakan barang rampasan itu adalah hadiah daripada rakan-rakan termasuk daripada keluarga diraja asing yang diperoleh sewaktu pelbagai majlis termasuk lawatan rasmi dan acara keluarga seperti ulang tahun serta majlis perkahwinan.

Semalam Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengumumkan jumlah rampasan dipercayai mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mencecah RM900 juta hingga RM1.1 bilion. – MalaysiaGazette 


Tiada ulasan: