HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Jun 2018

Rafizi mahu berniaga, bukti kemampuan tanpa bantuan kerajaan

THE MALAYSIAN INSIGHT
Rafizi Ramli hari ini dalam siri tweetnya berkata mahu mula berniaga untuk membuktikan kemampuan berjaya tanpa bantuan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
BEKAS ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sedang berkira-kira mahu memulakan perniagaan sendiri.
Naib presiden PKR itu dalam siri tweetnya mengatakan sesiapa sahaja boleh berjaya menjalankan perniagaan tanpa bantuan kontrak kerajaan.

Awal bulan ini, Rafizi berkata yang beliau mahu “berehat” dua tahun sebelum memikirkan kembali soal kembali ke Parlimen.

Walaupun selepas pilihan raya, beliau berjaya dalam rayuan untuk tidak ke penjara kerana mendedahkan laooran audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ketika pentadbiran Najib Razak diletak bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Buat masa sekarang, katanya, beliau mahu membuktikan kemampuannya berniaga tanpa bantuan kerajaan kepada rakyat.

Katanya lagi, paling banyak gaji pegawai kerajaan yang tidak korup hanyalah RM40,000.

Selain kes pendedahan laporan audit 1MDB, terdapat dua lagi kes berkaitan Rafizi dalam bicara.

Disebabkan itu, beliau memutuskan untuk tidak mempertahankan kerusi Pandan. Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail menang kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu

Tiada ulasan: