Dalam kejadian kira-kira 2.10 petang itu, suspek
berusia 20 tahun dipercayai menikam mangsa, Mardziah Muhamad Yusof di
bahagian kepala dengan sebilah pisau.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, DSP Kamalariffin Aman Shah berkata dalam kejadian kira-kira 2.10 petang itu, suspek berusia 20 tahun dipercayai menikam mangsa, Mardziah Muhamad Yusof di bahagian kepala dengan sebilah pisau.
“Berdasarkan siasatan, suami mangsa bersama anak lelakinya yang berumur 12 tahun baru balik dari solat Jumaat dan setelah sampai di pintu hadapan rumah, suami mangsa mendapati suspek meluru berlari keluar dari rumah dalam keadaan tangan berdarah serta hanya memakai tuala mandi.
“Suspek melarikan diri ke arah kiri jalan dan suami mangsa bertindak mengejar suspek tetapi berpatah balik ke rumah untuk melihat apa yang berlaku. Anaknya berumur 12 tahun seterusnya masuk ke dalam rumah dan mendapati ibunya berdarah di kepala terbaring di ruang dapur… suami mangsa kemudian segera hubungi pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata suspek yang tidak bekerja merupakan anak ke-6 daripada 10 beradik, dan tinggal di rumah berkenaan bersama mangsa dan bapanya serta adik lelaki berusia 12 tahun itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan