HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Jun 2018

GABUNGAN BARU GANTIKAN BN – ANNUAR




Calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan bahawa UMNO akan membentuk satu gabungan baharu bagi menggantikan jenama Barisan Nasional (BN).

Tanpa menjelaskan secara terperinci, Annuar berkata gabungan tersebut berkemungkinan boleh dihasilkan dengan gabungan antara parti kerajaan dan pembangkang.

“BN itu sendiri menjadi perkara yang perlu kita lihat balik. Insya-Allah akan ada bentuk-bentuk gagasan yang baru. Jangan terkejut, gagasan itu mungkin sebahagian kerajaan atau pembangkang sekarang.

“Kerana bila kita lihat, kerajaan yang ada sekarang ini pun merupakan muka-muka, pemain-pemain UMNO yang dulu.

“Bila tengok, mereka ini merupakan pemain yang diimport daripada pasukan lama (UMNO),” kata Annuar dalam satu wawancara seperti dilapor media pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Annuar berharap kesemua wakil rakyat parti UMNO dapat berkumpul untuk diberi penerangan tentang konsep pembangkang berwibawa yang akan diketengahkan parti selepas pemilihan 30 Jun ini.

“Kita kena jadi pembangkang yang cukup berwibawa. Bukan hanya berdasarkan retorik, dendam.
Sebab itu saya berharap selepas pemilihan 30 hari bulan (Jun) nanti, insya-Allah saya kalau saya dipilih bersama presiden nanti, kita akan himpunkan wakil rakyat daripada parlimen dan DUN.

“Kita kena beri garis panduan yang jelas, apakah pembangkang daripada UMNO. Kita tidak mahu pembangkang yang dendam dan pembangkang yang semata-mata membangkang.

“Kalau (perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) atau kerajaan Pakatan Harapan lakukan sesuatu yang baik, kita sokong. Mana yang perlu tegur, kita akan menegur,” ujar Annuar.


Tiada ulasan: