HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Jun 2018

Nik Nazmi gesa KADS1M dikaji semula

KEADILAN DAILY

Nik Nazmi


Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa agar Kad Siswa 1Malaysia (KADS1M) dikaji semula penggunaannya.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu berkata kad itu sewajarnya dikhususkan untuk pembelian buku sahaja.

“Kerajaan harus martabat industri buku. Kad Siswa 1Malaysia atau apa-apa jenama baru harus khusus untuk buku.

“Sekarang makan KFC (Kentucky Fried Chicken) pun boleh katanya,” kata Nik Nazmi menerusi akaun Twitter beliau.

KADS1M dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) “dengan objektif untuk membantu meringankan perbelanjaan siswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.”

Laman web KADS1M menyenaraikan beberapa rakan dagang KADS1M yang diletakkan dalam beberapa kategori automotif, buku dan alat tulis, klinik kesihatan, optometri, makanan, pakaian dan juga minuman.

Sementara itu, Nik Nazmi turut mencadangkan agar pelepasan cukai pendapatan untuk buku dilakukan secara khusus.

“Pelepasan cukai pendapatan untuk buku harus spesifik seperti sebelum ini, bukan bawah kategori pelepasan cukai gaya hidup,” katanya.

Tiada ulasan: