HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Jun 2018

Pendekatan Islam yang adil kepada semua

Norlaile Abd Rahman
Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Dr Mohd Asri Zainal Abidin



KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mencadangkan pendekatan Islam yang lebih adil kepada semua pihak bukan sahaja kepada orang Islam malah bukan Islam.

Jelasnya, beliau mengemukakan cadangan supaya pendekatan Islam yang sepatutnya diamalkan di Malaysia baharu.

“Banyak perkara yang dibincangkan. Apa wacana yang sesuai untuk melaksanakan pendekatan Islam yang lebih sesuai merangkumi semua rakyat dan bukan sahaja merangkumi satu pihak sahaja,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Majlis Penasihat Kerajaan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Asri, beliau menyerahkan sepenuhnya tindakan seterusnya oleh kerajaan susulan cadangan yang telah dikemukan olehnya.

Tambahnya, selain isu-isu berkaitan fatwa dan hak penjagaan anak di bawah umur enam bulan di Perlis di beliau turut menyentuh mengenai peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semasa pertemuan tersebut bagaimanapun tidak mengulas lanjut.-MalaysiaGazette


Tiada ulasan: