HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Jun 2018

Kampung di negeri pembangkang turut terima peruntukan, tiada diskriminasi – TPM

THE MALAYSIAN TIMES
 


SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan bahawa kampung-kampung di negeri ditadbir pembangkang akan turut menerima peruntukan bagi membiayai program kesejahteraan dan keceriaan kampung seperti yang diterima oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata peruntukan itu akan disalurkan menerusi pejabat pembangunan negeri masing-masing dan bukan melalui pemimpin politik seperti yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Sebenarnya, Kabinet telah putuskan bahawa negeri-negeri pembangkang akan turut menerima (peruntukan) tetapi bukan menerusi ketua-ketua cawangan atau pemimpin lantikan politik…ia harus melalui pejabat pembangunan negeri.

“Ini adalah dasar kami bahawa mereka juga akan terima (peruntukan) namun penyalurannya bukan melalui (pemimpin) politik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Terbuka Aidilfitri Institut Darul Ehsan (IDE) di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun semalam bahawa geran RM10,000 akan diberikan kepada setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri-negeri di bawah PH dengan peruntukan keseluruhan tidak melebihi RM100 juta setahun.

Menurut Rina, mekanisme pemberian geran bagi kampung-kampung di Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak pula sedang dalam kajian dan dijangka selesai dalam tempoh sebulan.–Bernama

Tiada ulasan: