HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Jun 2018

Kenapa tolak calon speaker PAS? Ini jawab Mukhriz

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Kedah tidak boleh menerima cadangan calon Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikemukakan PAS kerana bukan dari kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata ia adalah mustahil kerana sekiranya calon itu diterima, maka bilangan pembangkang di dalam dewan akan menjadi 19, berbanding 18 di pihak kerajaan.

“Saya tanya (kepada PAS) adakah nama yang dicalonkan itu dari kalangan ADUN ataupun dari luar ADUN, PAS kata dari luar, jadi maksudnya ia akan menambah menjadi 19 (pembangkang) jadi ini tidak boleh.

Bayangkan sekiranya PH terima pencalonan speaker dari PAS yang datangnya dari kalangan bukan ADUN, maka pihak pembangkang akan menambah jumlah orang yang boleh mengundi dalam dewan daripada 18 kepada 19, jadi ia lebih daripada kerajaan. Benda itu adalah satu perkara yang mustahil,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Anggota Dewan Rakyat Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat hari ini.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bulan lepas menyaksikan jumlah kerusi DUN Kedah antara kerajaan dan pembangkang terikat 18-18 iaitu 18 daripada PH, 15 PAS dan tiga Barisan Nasional.

Bagaimanapun, Mukhriz yakin kemelut pelantikan Speaker DUN itu akan selesai dengan aman pada hari pertama persidangan DUN Kedah 4 Julai ini.

Beliau berkata Pakatan Harapan telah mengemukakan calon Speaker DUN daripada Parti Keadilan Rakyat dan calon timbalannya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, kepada setiausaha dewan dua hari lepas.

Tiada ulasan: