HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Jun 2018

Ahli Pas rancang sertai DAP


Ahli Pas sertai DAP
Norazman ketika bertemu Anthony Loke Siew Fook pada majlis jamuan raya Ahad lalu.
 
 
SEREMBAN - Bekas pimpinan tertinggi Pas negeri, Norazman Mohamad dijangka menyertai DAP bagi membantu memperkukuhkan kerajaan Pakatan Harapan (Harapan).

Difahamkan beliau yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Pas negeri, tidak lagi mampu bertahan dengan perjuangan politik parti Islam itu yang dilihat tidak membawa sebarang perubahan.

Katanya, beliau sudah lama tidak aktif dalam parti, malah tidak melibatkan diri semasa PRU14 lalu.

 "Sebelum PRU14 lagi, saya sudah tidak aktif dan membawa haluan sendiri, malah tidak menawarkan diri pun sebagai calon bertanding berbanding sebelumnya, cuma masanya belum sesuai untuk saya maklumkan kepada semua dengan keputusan ini.

“Saya ada penerima perlawaan daripada seorang sahabat untuk turut serta bersama-sama dalam Harapan dan sekarang saya sedang mempertimbangkannya.

"Saya juga sedang mempertimbangkan untuk ambil tindakan lebih drastik.

"Kemungkinan akan keluar daripada Pas dan menyertai DAP, namun sehingga kini belum ada keputusan muktamad.

"Saya masih lagi mempertimbangkannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau juga mengakui membuat keputusan itu bukan kerana disebabkan Harapan sudah menjadi kerajaan, tetapi kerana perjuangan dibawa oleh parti sebelum ini seolah hilang hala tuju.

Akuinya, beliau mahukan perjalanan dan perjuangan politik lebih ke depan dan bersifat terbuka serta disenangi masyarakat.

Tiada ulasan: