HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Jun 2018

Khairy: Kalau saya jadi Presiden UMNO…

THE MALAYSIAN TIMES
 


ALOR SETAR: Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan menjemput parti lain menyertai Barisan Nasional atau menubuhkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama membangunkan semula parti itu sekiranya menang pada pemilihan UMNO, esok.

Beliau berkata perkara itu adalah satu daripada usaha menstruktur semula parti itu yang kini hanya disertai MIC dan MCA setelah parti komponen lain bertindak keluar dari gabungan BN selepas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas.

“Kalau saya menang nanti (pemilihan UMNO), saya akan duduk dengan MIC dan MCA kerana itu saja parti yang tinggal untuk kita merangka formula baru dalam BN

“…tapi saya percaya dan yakin parti-parti (komponen) BN menantikan keputusan esok tentang siapa yang akan menjadi Presiden UMNO sebelum mereka membuat sebarang keputusan,” katanya selepas menghadiri Majlis Sepetang Bersama Calon Presiden UMNO di sini hari ini.

Kekalahan mengejut dan memalukan BN pada PRU14 menyaksikan sedikit demi sedikit parti-parti komponen dalam BN meninggalkan parti itu termasuk di Sabah dan Sarawak dengan terbaharu parti Gerakan yang mengumumkan keluar BN pada Sabtu lepas.

Pada pemilihan Presiden UMNO esok, Khairy akan ditentang Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tiada ulasan: