HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Jun 2018

Dr M: Usaha kurangkan hutang adalah satu tugas yang sukar, tapi…

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Kerajaan menaruh harapan pengurangan besar jumlah hutang negara dalam tempoh beberapa bulan akan datang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata sejak menyandang jawatan perdana menteri, kerajaannya telah membatalkan banyak projek yang menelan kos tinggi yang menyumbang kepada keseluruhan pengurangan hutang itu.

“Usaha mengurangkan hutang adalah satu tugas yang sukar, tetapi kami telah membatalkan banyak projek yang melibatkan kos tinggi,” katanya pada majlis makan tengah hari Dewan Perniagaan Amerika Malaysia, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata usaha kerajaan menambah baik keadaan kewangan dan ekonomi negara itu tidak diterima dengan positif oleh pelabur asing yang membawa kepada pengaliran keluar modal.

“Kadang-kadang, saya rasakan pasaran lebih suka dibohongi betapa bagusnya kami daripada mengetahui tentang kebenaran sebenar,” katanya.

Tiada ulasan: