HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Jun 2018

Abdul Latiff sokong strategi bawa UMNO sertai kerajaan PH

Abdul Latiff Ahmad
Abdul Latiff Ahmad
Muhamad Izwan Mohd Zubit


KUALA LUMPUR – Satu formula penyatuan antara UMNO dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu dikaji kerana parti tersebut boleh membantu urustadbir pemerintahan kerajaan sedia ada, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Latiff Ahmad.

Beliau berkata, walaupun sebagai pembangkang, UMNO masih dilihat sebagai suara majoriti rakyat, khasnya orang Melayu.

“Jadi, bukanlah mudah bagi PH menafikan suara UMNO di Parlimen, terutama dalam mencari undi bagi meluluskan sesuatu usul.

“Oleh itu, daripada menjadi penghalang, lebih baik UMNO ditarik menganggotai kerajaan menerusi satu formula khas penyatuan kerajaan. Lagipun, UMNO ada pengalaman luas mentadbir negara dari segenap sudut,” beliau dipetik berkata hari ini.

Abdul Latiff turut mempertahankan cadangan Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cadangan UMNO membentuk kerajaan dengan sesiapa saja termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim jika menjadi Perdana Menteri.

“Pada hemat saya, ia mengandungi makna terselindung bagi menggambar betapa ia sebenarnya adalah suara dan akar umbi yang ingin melihat UMNO memiliki kuasa di Putrajaya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, dengan kekuatan 53 kerusi Parlimen, UMNO merupakan parti individu terkuat dalam Dewan Rakyat dan perkara itu tidak boleh dinafikan.

“Apatah lagi dengan 53 kerusi yang ada menjadikannya parti yang mempunyai paling banyak kerusi secara individu,” ujarnya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: