Bernama/ astro awani
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata penangguhan itu dibuat untuk membolehkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguji sistem tersebut selain memastikan tiada isu teknikal berlaku apabila ia dilaksanakan.
"Ini adalah projek perintis yang diharap dapat dijalankan secara efektif selain menambah pendapatan negara," katanya, sambil menambah sistem e-bidding itu dijangka menarik lebih ramai pembida memandangkan proses itu lebih telus dan mudah.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di sini pada Rabu, Loke berkata sebuah syarikat teknologi maklumat tempatan telah menawarkan perkhidmatan e-bidding pendaftaran khas itu secara percuma sebagai tanggungjawab sosial korporat syarikat itu.
Menurutnya, syarikat berkenaan telah mengemukakan cadangan namun secara prinsip, persetujuan tertakluk kepada Kementerian Kewangan sebelum mengumumkan nama syarikat itu. -- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan