HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Jun 2018

Pandai sangat dia nak bertanding? – Ku Li

Mohammad Arif Nizam
Ketua Perhubungan UMNO Gua Musang merangkap Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah bersalaman dan beramah mesra bersama sebahagian perwakilan-perwakilan Pemuda UMNO pada sesi ramah mesra bersama Sayap-Sayap Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO di kediamannya di Langgak Golf, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 28 JUN 2018
Ketua Perhubungan UMNO Gua Musang merangkap Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah bersalaman dan beramah mesra bersama sebahagian perwakilan-perwakilan Pemuda UMNO pada sesi ramah mesra bersama Sayap-Sayap Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO di kediamannya di Langgak Golf, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin perlu menanggung risiko apabila beliau memilih bertanding jawatan Presiden UMNO pada 30 Jun ini.

Calon jawatan sama, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ini kerana Khairy perlu sedar adat bertanding ada menang dan kalah.

“Pandai sangat dia hendak bertanding? Patut dia tak bertanding. Orang yang bertanding risikonya kalah atau menang. Ada bernasib baik ada tidak.

“Jadi masa depan dia akan ditentukan masa depan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab ketika majlis ramah mesra bersama ahli perwakilan tiga sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri yang hadir dari seluruh negara di kediamannya di sini hari ini.

Beliau ditanya jika dipilih menjadi Presiden UMNO dan masa depan serta kedudukan Khairy sekiranya kalah memandangkan bekas Menteri Beliau dan Sukan merupakan satu figura besar di negara ini.

Mengulas laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah membeku akaun UMNO, Tengku Razaleigh berkata, jika dipilih sebagai presiden parti, beliau akan mencari jalan itu mencairkannya bagi mendapat semula hak UMNO yang sah.

Beliau berkata, tindakan SPRM yang mengikut undang-undang pasti mempunyai pelbagai reaksi. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: