HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Jun 2018

1MDB sahkan akaun Umno, individu, organisasi dibekukan



1MDB sahkan akaun Umno, individu, organisasi dibekukan



Pasukan Petugas Khas 1MDB hari ini mengesahkan membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk Umno serta parti politik lain yang dipercayai terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB.

Dalam kenyataannya, pasukan itu berkata antara yang turut dibekukan adalah akaun milik persatuan dan syarikat yang turut terlibat dalam siasatan kes berkenaan.

“Pasukan Petugas Khas 1MDB memberi jaminan siasatan dijalankan secara adil dan profesional serta mengikut undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Pasukan itu turut meminta semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa bagi melaksanakan proses siasatan tersebut.

“Jangan membuat sebarang spekulasi dan mensensasikan kes berkenaan kerana dikhuatiri akan menjejaskan proses siasatan,” katanya.

Pasukan Petugas Khas 1MDB berkenaan dianggotai bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.

Semalam, Pemangku Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa akaun Ibu Pejabat Umno Pusat dan Selangor dibekukan SPRM manakala akaun Umno Johor juga hampir pasti akan dibekukan SPRM dalam masa terdekat.

Tiada ulasan: