Pekerja Petronas digalakkan untuk berhimpun di kawasan lobi Menara 1 sekitar jam 4.45 petang tadi untuk meluahkan “penghargaan” mereka kepada Sidek dan “mengucapkan selamat tinggal”, kata sumber.
Sidek akan mengadakan “lawatan perniagaan” bermula esok, kata sumber lagi.
Sidek menjadi pengerusi sejak 1 Julai 2012. Kontraknya sekarang yang dilanjutkan setahun lagi yang berkuatkuasa 1 Julai 2015 akan berakhir Sabtu ini.
Pengarah Bukan Eksekutif Omar Mustapha Ong, bekas pembantu Najib Razak juga akan meninggalkan syarikat itu selepas kontraknya tamat Sabtu ini.
Sidek mengundang kemarahan Pakatan Harapan kerana mengetuai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian forex bernilai RM31.5 bilion dialami Bank Negara Malaysia sekitar 1990-an pada era pentadbiran Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
Suruhanjaya mencadangkan polis membuka siasatan wujudnya jenayah pecah amanah dan penipuan pihak terlibat termasuk Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim yang ketika itu menteri kewangan.
Dr Mahathir memfailkan saman pada Disember untuk membatalkan hasil dapatan RCI, mendakwa keputusan panel lima ahli itu terbatal dan tidak sah kerana tidak menyertakan dokumen perundangan saksi dan nota prosiding.
Dalam permohonan itu juga, Dr Mahathir mengatakan RCI berunsur politik. Permohonan itu ditolak Mahkamah Persekutuan April lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan