HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Jun 2018

Kerajaan akan kaji insentif untuk usahawan luar bandar

Kerajaan akan kaji insentif untuk usahawan luar bandar 
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Rina Harun pada sidang media yang diadakan di Putrajaya hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal
 
KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah akan menubuhkan sekretariat bagi melihat insentif yang akan diberikan kepada usahawan di kawasan luar bandar, kata menterinya Rina Harun.

Beliau berkata sekretariat itu akan memastikan tiada penyalahgunaan kuasa berlaku dan hanya mereka yang layak menerima dana berkenaan.

"Kami ingin memastikan insentif kepada usahawan diberikan kepada mereka pihak yang betul.

"Kami tidak mahu berikan insentif kepada mereka yang tidak berminat," katanya di Putrajaya hari ini.

Rina berkata mereka tidak mahu melihat sebarang penyalahgunaan insentif itu.

"Sebagai contoh, kami berikan insentif kepada mereka untuk membeli peralatan pertanian tetapi mereka hilang minat dan menjual peralatan itu.

"Kami mahu usahawan luar bandar lebih bertanggungjawab."

Tiada ulasan: