HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Jun 2018

PEGUAM NEGARA : CUBAAN KURANGKAN KUASA RAJA-RAJA MELAYU




Pakatan Harapan (PH) dilihat mempunyai agenda peribadi apabila memilih peguam kontroversi, Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara.

Pemilihan Tommy Thomas dilihat sebagai salah satu ‘ugutan’ kepemimpinan kerajaan hari ini terhadap Raja-Raja Melayu.

Menurut sumber, peguam kepada pemimpin Komunis Chin Peng itu dilihat sebagai individu yang tepat bagi menggerakkan Mahkamah Khas.

“Mahkamah Khas ini adalah bagi melakukan pendakwaan terhadap Raja-Raja, jadi Tommy Thomas dilihat individu yang tepat bagi ‘menghidupkan’ Mahkamah Khas itu.

“Ia sekali gus memberi isyarat kepada Raja-Raja Melayu bahawa wujud usaha kearah pengurangan kuasa bagi menyekat ‘kebebasan mutlak’ Raja-Raja Melayu.

“Tommy Thomas adalah peguam yang bersifat ‘fighter’ dan sesuai bagi tujuan itu, sebab itulah PH memilih beliau,” katanya kepada Watan-Online.

Sebelum ini wujud konflik antara Putrajaya dan Istana Negara apabila Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menolak cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Tommy Thomas dicadangkan kerajaan PH bagi menggantikan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali.


Tiada ulasan: