Taman perumahan yang hanya mempunyai 80 buah rumah, 14 keluarga dengan anak-anak dalam lingkungan usia 9-15 tahun itu mengenakan bayaran sebanyak RM10 untuk setiap kereta.
Kerja-kerja berat seperti menyembur kereta dengan air dilakukan oleh para ibu bapa manakala bahagian mencuci dan mengering dilakukan anak-anak.
"Ini adalah usaha kecil kami untuk bantu negara," kata Yugan Pathmanaban yang membawa bersama anaknya yang berusia sembilan tahun.
Peguam berusia 44 tahun itu yang menambah RM6 lagi untuk setiap kereta, berkata usaha penduduk di situ mengimbas kembali ke era Malaya di mana setiap orang melibatkan diri membantu negara.
Penganjur aktiviti ini, Padma Nadarajah yang sudah menetap di Taman Yarl sejak 1975 berkata beliau sungguh terkejut dengan semangat yang ditunjukkan oleh penduduk setempat yang menaja sabun dan perkakas mencuci lain.
"Kami ambil keputusan untuk buat aktiviti ini dua malam lepas," kata bekas setiausaha di texas Instruments.
"Setakat pukul 11 pagi ini, tapi kami berjaya mencuci 50 buah kereta dan mengumpul hampir RM1,000," tambahnya.
Awalnya, Padma rasa bimbang dan memberitahu rakan-rakannya supaya jangan memuat naik notis di Facebook.
"Saya tak pasti kalau kami mampu. Tetapi sabaik saja ia dikongsikan di WhatsApp, ia terus tular," katanya, sebelum menyambut kedatangan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
Katanya, mencuci kereta bukanlah satu hal yang besar tetapi inilah cara mereka untuk membantu kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Sejak dilancarkan, derma untuk Tabung Harapan tidak putus-putus masuk. Pada jam 3 petang semalam, jumlah kutipan mencecah RM18 juta. Derma yang dikecualikan cukai bagi setiap penderma itu dilancarkan selepas kerajaan mendedahkan hutang negara berjumlah RM1 trilion
Tiada ulasan:
Catat Ulasan