HALAMAN SANTAI

Rabu, 6 Jun 2018

Pulau Pinang cadang pinda Perlembagaan Negeri hadkan pentadbiran KM Ogos ini





PULAU Pinang merancang untuk membentangkan rang undang-undang meminda Perlembagaan negeri pada Ogos ini bagi membolehkan penggal pentadbiran ketua menteri dihadkan hanya kepada dua kali.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pindaan itu akan berbeza sedikit berbanding apa yang terdapat dalam manifesto Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Janji PH adalah menghadkan penggal ketua menteri kepada maksimum dua penggal.

Tetapi, susulan nasihat penasihat undang-undang negeri pagi ini dalam mesyuarat exco, Chow berkata pindaan itu akan menggunakan frasa “tiada ahli Dewan Undangan Negeri yang boleh dilantik sebagai ketua menteri lebih daripada dua kali.”

Sub klausa itu akan diletakkan sebagai 7 (2A) di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri untuk Majlis Eksekutif.

“Satu penggal boleh jadi tiga tahun, lima atau sampai tujuh tahun. Janji untuk hadkan pentadbiran kepada hanya dua penggal adalah untuk menghalang ketua menteri mentadbir kerajaan negeri lebih daripada 10 tahun.

“Kita tak boleh kawal berapa panjang penggal. Ia boleh timbulkan kesan buruk atau baik…jadi berbanding guna perkataan ‘dua penggal’, kita guna perkataan ‘dua kali’ bermakna KM tidak boleh dilantik lebih dua kali,” katanya.

Tiada ulasan: