HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Jun 2018

Rosmah lantik peguam baru temani ketika siasatan SPRM

 
   
Isteri kepada bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melantik sebuah pasukan peguam baru bagi menemani beliau dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana SRC International Sdn Bhd.

Peguam kanan, Datuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent akan mengiringi Rosmah ke SPRM.

"Ya saya dan Geethan mewakili Rosmah tetapi bukan (Datuk Seri) Najib (Razak)," kata Kumaraendran ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain bekas pendakwa raya kanan, Datuk Yusof Zainal Abiden dan peguam kanan M Puravalen dikatakan menarik diri daripada mewakili pasangan itu atas persetujuan bersama.

Puravalen dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini berkata:

"Saya dan Yusof telah berhenti daripada mewakili Najib, saya juga telah menarik diri daripada mewakili Rosmah," katanya.

Sekiranya benar, ini adalah kali kedua peguam Najib dan Rosmah telah menarik diri daripada mewakili pasangan itu.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: