HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Jun 2018

Thomas tak wakili Guan Eng dalam kes rasuah, jelas peguam

MALAYSIAKINI



Peguam Tommy Thomas yang dinamakan sebagai peguam negara, semalam, tidak mewakili Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung kes rasuahnya, kata peguam Syahredzan Johan.

Dalam hantaran di Twitter, beliau berkata Thomas mewakili Lim dalam prosiding penghinaan yang difailkan oleh bekas peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang belum dibicarakan.
Ini adalah berhubung komen Lim selepas dirinya didakwa.

Terdahulu, pihak tertentu seperti Concerned Lawyers for Justice (CLJ) dan Young Professionals (YP) membantah pelantikan Thomas sebagai peguam negara dengan alasan beliau mewakili Lim dalam kes rasuah.

"Cadangan pelantikan Thomas hanya akan menebalkan tanggapan bahawa kerajaan baru ini mempunyai semua ciri-ciri kerajaan BN lama dalam hal kronisme dan penyalahgunaan kuasa, kerana dia (Thomas) ialah peguam Lim dalam kes rasuah yang sedang dibicarakan.

"Cukup jelas konflik kepentingan," kata kumpulan itu dipetik akhbar The Star.

Kumpulan itu juga mendakwa pada 21 Mei lalu, mahkamah telah menangguhkan kes Lim kerana peguam-peguamnya merancang untuk membuat semakan bagi menggugurkan tuduhan dengan AG baru atas alasan pendakwaannya bermotifkan politik.

Tiada ulasan: