Beberapa bekas menteri diberikan jawatan dalam kerajaan yang bertaraf menteri, sebuah pejabat, pasport diplomatik dan gaji lebih kurang RM20,000 sebulan.
Penjawat awam kanan yang bersara dilantik menjadi lembaga syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan kerana kesetiaan mereka dan bukannya kerana kebolehan.
Pegawai kerajaan bagaimanapun memberitahu The Malaysian Insight, pesara kakitangan awam ini akan mendapat surat penamatan khidmat tidak lama lagi atau kontrak mereka tidak akan disambung.
Antaranya termasuk bekas ketua polis negara, Khalid Abu Bakar; bekas presiden MIC, S Samy Vellu dan bekas penasihat kerajaan, Shahrizat Abdul Jalil.
Langkah ini, kata pegawai kanan kerajaan, adalah sebahagian daripada usaha penjimatan yang dilancarkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan untuk mengurangkan perjawatan yang tidak perlu.
Putrajaya percaya pengurangan perjawatan ini akan menjimatkan lebih kurang RM500,000 sebulan.
Jumlah ini tidak akan mengurangkan beban hutang kerajaan tetapi menunjukkan kesungguhannya untuk menangani pembaziran pada setiap peringkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan