Parti
Amanah Negara (AMANAH) harus membuka pintu dan bersedia menerima
kemasukan mana-mana ahli dan pemimpin pembangkang termasuk ahli parlimen
yang kini Umno dan Pas, demikian menurut Timbalan Ketua Pemuda AMANAH
Faiz Fadzil.
Malah katanya, AMANAH harus bijak mengambil peluang di atas ketidakpuashatian mereka kepada halatuju baru Umno-Pas sekarang.
“Konsep ‘houlier than thou’ mesti dibuang dari benak pemikiran ahli dan pemimpin AMANAH.Kemasukan mereka tidak akan mengubah dasar perjuangan AMANAH, sebaliknya mereka akan memahami dan bersama-sama mengangkat dasar perjuangan AMANAH.
“Dasar tadbir urus baik dan integriti tetap menjadi tunjang pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. Kemasukan mereka tidak merosakkan amalan demokrasi kerana bukannya bertujuan menjatuhkan kerajaan,”katanya dalam satu kenyataanya.
Apatah lagi katanya, konsep ‘rahmatan lil alamin’ yang diperjuangkan AMANAH akan diangkat sebagai suatu ideologi baru merentasi perbezaan kaum dan fahaman politik jika dasar inklusif dan progresif ini benar-benar diimplementasikan.
Beliau percaya, kemasukan mereka ke dalam AMANAH juga akan memberikan dimensi baru kepada AMANAH dan seterusnya menguatkan parti ini.
“Pengajaran daripada kisah Abu Sufian memeluk Islam dalam ‘fathul Makkah’ telah menguatkan perjuangan Islam ketika itu.
Sebagai sebuah parti politik, AMANAH harus bergerak mengikut kehendak masa dan massa selagi mana tidak tergelincir dari orbit perjuangannya,” ujarnya.
Politik harus berpaksikan relativism dan bukannya absolutism, realis mengatasi idealis oleh itu katanya, AMANAH perlu mencari ruang dan peluang baru untuk sentiasa relevan di mata rakyat.
“Politik adalah ‘art of possible’. AMANAH perlu berubah untuk mengubah,” kata beliau.
Beliau tidak menolak dengan kemenangan 11 kerusi Parlimen dalam PRU ke-14 yang lalu dan 10 jawatan dalam menteri kabinet, ia merupakan satu kejayaan dan pencapaian yang besar bagi sebuah parti yang hanya berusia 3 tahun.
“Pencapaian ini sudah pasti hasil kolaborasi usaha gigih ahli amanah sama ada di lapangan atau sosial media dan strategi bijak pemimpinnya.
“Namun, AMANAH tidak boleh berpuas hati dengan kejayaan itu dan harus bergerak lebih aktif dan efisyen bagi meluaskan pengaruh dan sentiasa berada di dalam mainstream politik tanahair,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan