MELAYU berpecah-belah
ini banyak berlaku zaman Tun. Umno berpecah banyak kali bawah Tun.
Mula-mula Tun dengan Tengku Razaleigh Hamzah hingga wujud Semangat 46.
Kemudian berseteru dgn DS Anwar hingga lahir PKR. Sekarang dengan Najib
pula hingga lahir Bersatu. Jurang kaya dan miskin terlalu melebar di
zaman Tun oleh amalan Kronisme dan Nepotisma yang memberi habuan ekonomi
kepada segelintir peratus yang kecil dari kalangan elit Melayu yang
rapat dengannya dengan alasan 'hak istimewa orang Melayu'. Walhal jumlah
besar orang Melayu terpinggir hanya kerana berbeza pegangan politik
dengan Umno yang dipimpin Tun.
Kelantan dan Terengganu adalah negeri
lebih 90 peratus orang Melayu. Tapi Tun sanggup nafikan hak negeri
menguruskan royalti petroleum untuk pembangunan negeri. Anak jati
kedua-dua negeri majoriti ini menyaksikan dengan mata kepala sendiri
bahawa yang menjadi taikun-taikun industri petroleum ini adalah
anak-anak kandung Tun Mahathir sendiri dan kroni-kroni elit yang rapat
dengan Umno.
Ini disebut ketidak-adilan. Adalah
semula jadi jika ketidak-adilan mewujudkan ketidakpuashatian, tuntutan,
rasa marah dan dizalimi. Inilah punca sebenar perpecahan orang Melayu.
PAS konsisten membawa mesej Islam. Kami
dilabelkan dengan imej yang bukan-bukan sedangkan apa yang dibawa adalah
selari dengan apa yang difatwakan dan diterbitkan pihak berautoriti
dalam urusan agama.
Ada satu dua insiden terpencil yang
tidak selari pendirian umum PAS yang tidak disokong oleh PAS tidak
seharusnya dianggap pendirian PAS. Bila berlaku salah faham PAS banyak
kali mengajak kepada perbincangan, muzakarah.
Umno zaman Tun yang tidak berani dan mengelak kerana tidak mahu rakyat faham perjuangan PAS. Media dinafikan untuk PAS.
Lihatlah bagaimana sampai sekarang Tun mempersalahkan pegawai agama kononnya tidak mahu bersuara menyalahkan PAS.
Puncanya mudah. Cuma Tun yang merasa PAS
salah kerana ia tidak selari kemahuan Tun dan kefahaman agama yang Tun
sendiri bukan ahlinya.
Walhal pegawai-pegawai agama, majoriti
para ulamak, tahu apa yang PAS suarakan berasaskan landasan yang benar
dan selari pemahaman yang betul mengenai agama.
Jika Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang adalah menyeleweng dan salah dalam ilmu agama dan
pemahamannya, layakkah beliau diangkat pemimpin peringkat dunia dalam
kepimpinan keilmuan Islam? DS TGHH adalah Timbalan Pengerusi Kesatuan
Ulamak Sedunia dan satu satunya dari negara bukan Arab yang berada pada
kedudukan itu.
Di saat Muktamar PAS di bawah kepimpinan
DS TGHH jelas menyeru perpaduan ummah, yang sedang memecah belahkan
adalah Tun Mahathir juga yang rela melihat Islam dan Melayu seperti
mengemis sokongan DAP dan Liberalis. HARAKAHDAILY
* HJ AHMAD AMZAD HASHIM, Ahli Parlimen Kuala Terengganu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan